Monday, 19 December 2011

awal muharram

salam...ana rasa lum terlambat untuk ana update mengenai awal muharram kan...so ni sedikit artikel mengenai muharam..selamat membaca(^___^)

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

PERISTIWA PENTING :-

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Isa diangkat ke langit.

Kisah Hijrah:

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.


Klik untuk tutup...

So...untuk semua sahabt...selamat menyambut awal muharram pada tempoh hari...hope, semua sudah melangsaikan hutang lepas dan memulakan hidup baru, azam baru k?(^^,)

assalamualaikum

Wednesday, 23 November 2011

ha....bila hati sudah senang....hehehehe

alhamdulillah suda setel semua paper untuk final.....tapi maaf untuk para blogger..maybe menanti cerita-cerita baru dari ana kut....hehehehe

nak kata cerita banyak?tak adalah...tak banyak pun...cuma ana  nak kongsi pengalaman ana bersama para blogger mengenai kesusahan ana pada diploma ni...

memang banyak dugaan diploma ni...liku-liku dia terlalu cabang....sehinggakan dia ingin mencipta para pemegang diploma menjadi matang...BERBEZA dengan sijil yang ana ambil pada JUN 2008-JUN 2010....

skip cerita la kan....

mengenai lecturer di polisas....memang ana respect...sebab, semua veteran dan banyak pengalaman mengenai industri dan modul yang mereka ajar...even ana minat pada elektrikal...tp elektronik juga adalah ilmu...di mana, elektrik semua datang dari mana kalau tiada litar elektronik kan? sebagai contoh...charger laptop atau handphone...kita hanya cucuk di plug dan menerima bekalan kuasa....tapi macam mana bekalan tu boleh berhasil sampai leh memberi voltan pada laptop atau handphone kan?begitulah contoh2 nya.....

mengenai modul yang ana ambil....pada mulanya...ana give up nak ambil sebab tak boleh nak faham...mungkin 1 dari minat ana jugala...biasala bila tak minat bukan bidang kte kan...len macam la perginya....hehehehe....sampai dalam hati cakap "katakan TAK NAK"....hehehehe....tapi ana ambil kata-kata semangat dari my mom...dia cakap "peluang ni skali je...gunala sebaiknya...sebab tak ada orang leh dapat peluang untuk sambung diploma seperti kau"....so...ana gunakan masa untuk memahami modul yang ana ambil....nak tak nak,kena push jugalah kan...

mengenai projek....pada mulanya ana dapat berkumpulan dengan seorang sahabat(L key..n group hanya 2 orang sahaja)...tetapi disebabkan salah faham...ana dengan dia terpaksa diceraikan....hahahaha....so ana tinggal keseorangan untuk membuat projek tersebut...ana tension juga pada mulanya...tapi alhamdulillah,lecturer, family dan kawan2 bantu bagi semangat....ana pun ambil projek dari kawan ana...iaitu projek "car warning alarm"...ana ambil projek ni dan menambah baik apa yang termampu...so, projek dapat diselesaikan dengan bantuan semua....dan present berjalan dengan lancar dan cemerlang (^^,)ha,bagi mereka yang buat projek...bila keseorangan, jangan di sangkakan projek seorang tiada kumpulan k?


mengenai final.....jeng3...ni lah yang di nantikan....hehehehe....debaran sentiasa ada...kesusahan yang dihadapi pelajar pada semester last...dengan repot projek pun nak pada last minit masa projek, nak study lagi kan...2 semua sebenarnya ujian yang kita perlu hadapi....apa lagi ea?ha....kesusahan yang ana hadapi sem laz ni...iaitu susah nak menghafal...hehehe....bukan apa...maklumla...kita ni bukan otak teori...hehehe...otak mengira kan...skali nak jadi ulat buku, jadi cam ketam baru belajar nak berjalan la...hehehe....asal nak hafal....mesti tak leh...tapi ana push diri gak papepun...hu...at laz....jadi cam kayu la.....hafal sebijik2....hahahaha....dan untuk paper terakhir...ana pulun kaw2...sampai TERMINUM ali cafe....hahaha...jadi aktiv bebeno...ana pun terkejut....baca pun senang je hafal....sampai mandi banyak kali la...dari kul 11 malam sampai 5 pagi baru rasa nak tidur...dalam pada masa tu gak, ana jadi cam orang nak buat kerja..ada je kerja nak buat...macam kita aktiv di siang hari,macam tu lah kesegarannya....hehehe.....

p/s : pape...memang betul cakap lecturer ana....biar bersusah susah dahulu...nanti da pegang sijil, dapat kerja bagus2..tu la kesenangan yang kita dapat (^^,)

Thursday, 10 November 2011

ow.....begitu.............(^____________^)



assalamualaikum...apa khabar para blogger?harap semua sihat dengan daging korban yang dapat kan...hehehehe

so...hari ini...i want to share with you all....
today is last day for my communication data class....then, lecturer memberi markah penilaian berterusan (PB) untuk modul tersebut...then,sahabat ana dapat highest point...which is about 42/50....jadi, dia dapat hadiah iaitu buku "gen-Q"....buku tersebut adalah pengisian yang amat baik....di mana banyak mengenai keagamaan, tips2 untuk para pelajar dan umum, gurauan Nabi Muhammad s.a.w ketika masih hidup, dan MACAM-MACAM ADA.....yang pasti............SESUAI UNTUK TONTONAN UMUM DAN MASYARAKAT....hehehehe

tak mahal....hanya RM7.00 sahaja....so, cari lah di kedai buku terdekat di kawasan masing2....

p/s : ce try beli dan baca dulu...pasti menarik even kepada yang malas nak membaca juga, ia akan menarik perhatian pembaca ketika membaca sebab cerita topik lain-lain dan pendek-pendek belaka...GOOD LUCK

Monday, 7 November 2011

wah3....kelaaaaas kau ALONG....hehehehe

assalamualaikum dan salam sejahtera para blogger...karam singh walia melaporkan ada.........ops...soe2....salah channel...hehehe

rini nak cerita apa ye?ngee....tak tau nak cerita apa sebab terlalu xcited dan tak penah alami hal ni...ngee...mna tak...memang da taw ada orang nak datang..tp tak taw sape sebab family pun x gtaw kan...tengah sibuk2 dok bantai sate kat belakang dapur....tibe2...TING-TONG....ha...tu dia...rupenye kuage abg aswad ( boyfren akk ana)...sampai2..dorang di jemput makan dulu la kan...menu rini...hehehehehe...


-satay buatan sendiri-


-nasi putih dengan lauk-pauk-

lepas da makan...kenyang suda kan....mulalah perbincangan...ana pun tak dengar...ana pun sempat ambil gambar....

-ayah bersama atuk alang ketika meeting-


-suasana meeting berlangsung-

-my mom bersama makcik-

-parents belah lelaki-


borak punya borak...taw2....along jerit kat telinga ana "abang............along dirisik"....ana tergamam...."hahahaha...ko men2 ea"...dia pun tunjuk cincin merisik...alhamdulillah..pada hari ini....7/11/2011....akak ana di risik oleh aswan bin mohd riduan...insya Allah tarikh pertunangan di cepatkan 1 day...dan tarikh perkahwinan tahun depan...doa2kan yang terbaik.....


-makcik,rohani dan along time potong kek-

-ni kek diberi oleh pihak lelaki, khas dari maknya kepada along-

-potong kek,nak rasa jugek-

alhamdulillah...selesai sudah majlis rini................SO, HOPE YOU GUY'S BE MATURED IN RELATION AND STAY 4 EVER TIL THE END   (^_____^)

Sunday, 6 November 2011

korban oh korban....hehehehe

wah.....kejap tul masa berlalu...padahal baru je rasa raya aidilfitri baru2 ni kan?pejam celik, pejam celik...da raya aidiladha pulak...kang pejam celik, pejam celik....tup2.....FINAL TIME....jeng3....ngeh3...

so....rini hari raya...1stly, alhamdulillah...jemaah haji malaysia di mekah al-mukarromah tiada yang cedera...semua berjalan lancar dan ada yang da melontar...tengah melontar dan ada juga da tawaf wida'(tawaf selamat tinggal).....cukup sedih suasana di sana...lagi2 bila da tawaf wida'....masya Allah...ble la Allah akan panggil kita lagi kan?(T___T)

ok....tu suasana di MEKAH...bagaimana pula di "malaysia, tanah air ku"....hamboi...

di malaysia juga meriah dan juga sedih...alhamdulillah...tahun ni kami sekeluarga korbankan lembu seekor atas nama akak ana...kami juga dapat lembu no.1...wah...semangat beb....malam tadi da asah parang habis2san...tapi rini...hanya pakai pisau kecik je sebab ana di bahagian melapah kan...PARANG???parang digunakan time potong tangan dan kaki je...hehehehe....tapi letih la...pesan ayah..."lek lu bang...bia dorang ramai2 buat keje tu...tengok la..lembu ke-2 o ke-3 nanti...da tak ada orang..baru kita kerjakan"....ow,ok bos....hehehehe...so...kami pun rilek2 la dulu kan...

-lepak2 dulu...adik(kiri) bersama ayah(kanan)-

-mama (kiri) bersama along (kanan)-


                                                 -ni la lembu 1st, atas nama along-


selang 10min pastu...name along di panggil...so, majlis korban lembu da bermula....


-ni lembu 1st di tarik untuk ke bahagian melapah-



so...da 1jam da menunggu ni..keja xd lagi...memang betul cakap ayah...lembu ke-2 je...sume da lari cari port len...hadtoi....pe lagi....kami pun mula la kerja...kerja melapah la....pe lagi...tu dia.....













tu la dia kerja ana...tapi yang xleh TERIMA dalam hal ni...xcilap ana....ayah baru je lapah lembu no 2 tadi tu...skali, perut dan usus2 lembu kena hantar 1 tempat untuk di potong kan...apa yang xleh terimanya?AYAH ANA HILANG...hai...tadi dia bukan men semangat...ana pun, teruskan la kerja..buat tak tau je kan...sekali lembu ke-7 ana da penat...DA GIVE UP...xleh pergi da...memang tak larat...pinggang sakit, yang mengarah ramai( kerja tak buat )....apa lagi..ana pun pusing la keliling surau...taw2...pak haji(ayah ana)...ada kat 1 port...baik punya...dia buat kerja bahagian potong perut dan usus lembu rupenya...tu haa...



punya la risaw dia katne....hahaha...ana pun lepak la kat sini...menikmati WANGIAN ASLI...hahahaha....tak da orang mengarah sangat kan...hu....kerja pun tenang je...habis je semua lembu 11 ekor tadi...kami keletihan lor...memey nak cari bantal je pung....hu....

so...ni la bahagian pembahagian daging2 korban untuk mereka yang dapat....



kira kilogram dalam 1 beg....dan 1 beg, 1 orang...dengan memberi "TAG"....yang diberi....tu je...sapa cakap raya di malaysia tak best?hehehehe..tapi kat mekah tetap seronok dan lagi seronok...hu...

-SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI ANA SEKELUARGA-

Wednesday, 2 November 2011

hey,keymon la....hu

assalamualaikum para blogger....wah....sekian lama ku nantikan saat ini...semakin hari, semakin kencang jantung...tapi bila sampai waktunya, hati semakin "BOOM....BOOM....BOOM"....hehehehe....pasal ape?ha....ni nk di kobakan ni....tak de,makcik limah belakang umah tu...ada ke patut dia.....ehey....cilap story la....its not about makcik limah but its about my project...hehehehe

alhamdulillah da setel semua....panel datang dengan hati tenang and tak de maki hamun...taw2, ana cte pung pang...pung pang......then, dia mnx operasi litar....ana tunjuk skali...dia pn, tak de tanya banyak...dia cakap....."ok....tahniah dan terima kasih sebab dapat menyiapkan projek untuk tunjuk pada kami"....kira ok r sebab dia tak banyak tanya.....hehehehe...

                                     
-bersama model projek ana-


so.....xd dapat projek terbaik....cuma mengharap benda ni setel secepat mungkin...tu je...

mata ni stil tak cukup tido....stil kuyu2 je....mana tak...1 minggu tak cukup tido semata2 projek nye pasal...tido kul 5 pagi...bangun kul 8 g kelas....cmtu la rutin harian....agaknya kalau final lagi 2 minggu ni....macam mano lah kan?hehehehehe....koteh di campak2nye ea....tido pun dongan koteh dan buku2...haiyo....xpla, ni la life kte nk cari ilmu kn?ble lagi nak dapat kan?sebab ni kira rezeki ana gk la...junior bawah ana, modul2 dorang sume da bertukar....tak taw la dorang dapat blaja benda yang sama cam ana o tak...klu dapat, alhamdulillah...tapi kalau tak dapat?rezeki ana dgn kwn2 seperjuangan dpt ilmu lama ni....tu je...kn.....

Tuesday, 1 November 2011

ehem-ehem....(^___^)

assalamualaikum.....

hamboi,berbatuk-batuk bagai naqib ni...cam ada tak kena je...hehehehe
ada yang tak kena ke?memey pun...hehehe...ana rasa cam panda pun ada....mana tak..ngadap projek, pastu buku...ngadap projek dari petang habis kelas sampai ke pagi pukul 4 pagi...kelas pukul 8, ana bangun subuh then tido balik,ngantuk sungguh lor...hehehe....

taw2 bangun pukul 8.30....ya Allah....
terus siap2,mandi kobau.....hahaha....pastu,sembur minyak wangi....hahaha...
sampai kelas pukul 9...nasib baik kelas projek...lecturer tak bising sangat sebab dia faham kan...sampai kelas, dok bincang dengan penyelia untuk persediaan esok...woho....sungguh pelik di sini...sebab....

present hanya kita dengan panel...bukan di poli sabak, kita bercerita depan orang ramai....haiyo....pastu, ikut giliran la...tunggu turn kita, nanti panel akan datang ke meja kita...dan kita bentangkan projek kita....begitulah suasana "draft"...untuk real???tunggu esok, 2/11/2011 macam mana....

so....projek ana...alhamdulillah...buat sorang2 dengan bantuan kawan2 dan keluarga....projek dapat siap 100%....litar berjalan dengan kehendak ana....model pun,cantik gitu~    (^^,)

insya Allah sok tak ada pape berlaku pada projek ana....hope sume berjalan dengan lancar tanpa masalah....
tapi hidup last sem ni, memey dari poli sabak lagi rasa tekanan...dengan projek, dengan test, final g...hahaha....sungguh "redho"....hehehehe

hidup di dunia...sebegitulahkan....so, kawan-kawan final sem....GOOD LUCK AND ALL DA BEST

assalamualaikum..di sini,ana memerlukan pendapat dari para pembaca.harap blog ini,tiada sesiapa yang tersinggung dan terasa kerana ana menulis untuk kita ambil pengajaran bersama dan membuang jika ianya salah
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review